Gempar!! Jangan Sampai Ayah Ke US !!

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.


Abdul Rani berkata, dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.


“Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan,” katanya kepada Sinar Online.


Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, kalau dia diberi kesempatan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk menjejaki Alvin.


“Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin,”  katanya seloroh.


Sementara itu, Abdul Rani berkata MJMM akan membuat satu laporan polis terhadap Alvin pada keesoken hari.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment