Beliau berkata demikian kepada hadirin pada majlis Forum bertajuk `Social Evolution in Malaysia: What’s Next?’ di Universiti Teknologi Petronas dekat Teronoh, Perak pada Rabu lepas.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Dr Mahathir berkata, hasratnya yang memilih seseorang yang dianggap sebagai `Mr Clean’ selepas meletak jawatan sebagai orang nombor satu rupa-rupanya adalah sebaliknya.
"Saya ingat saya pilih `Mr Clean’, namun yang bersih memilih menjadi kotor."
Memetik laporan portal Perak Today, Dr Mahathir dengan sinis berkata, situasi di negara ketika ini menjadi lebih `kotor’ malah undang-undang juga tidak mampu berjalan seperti yang diharapkan.
Tegasnya lagi, sesiapa yang bertindak dengan cuba menekan akan mendapat amaran.
“Saya minta maaf, kalau bagi nasihat awal saya boleh pilih orang lain,” katanya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada hadir
0 comments:
Post a Comment