Bukan Semua Polis Gemok!!!!

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima baik pandangan berhubung isu anggo­tanya yang dikatakan mempunyai masalah obesiti dan terdedah kepada masalah jantung.
Sehubungan itu, PDRM menjelaskan bahawa pelbagai langkah diambil untuk memastikan kualiti kerja pasukan ber­ada di tahap tertinggi termasuk cadangan mengadakan senaman bulanan pada setiap peringkat.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kenyataan yang merujuk kepada 70 peratus anggota keselamatan obes dan 30 peratus lagi meninggal dunia akibat masalah jantung kurang tepat.

“Isu ini sudah lama diperkatakan dan kita telah lakukan pelbagai program termasuk menggalakkan anggota yang mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan.
“Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memandang serius perkara ini dan kita bakal adakan senaman bulanan di setiap peringkat. Tidak semua anggota mengalami masalah lebih berat badan sehingga tak mampu jalankan tugas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, ma­salah kegemukan dalam kalangan anggota keselamatan terutama tentera dan polis me­rupakan antara perkara yang mendapat tumpuan dalam sidang Dewan Negara selepas isu tersebut dibangkitkan Senator Norliza Abdul Rahim.

Menurut Moha­mad Fuzi, cadangan agar PDRM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengadakan pemeriksaan kesihatan dua kali setahun juga antara perkara yang telah lama dilaksanakan.



“Pemeriksaan kecergasan anggota sudah dilaksanakan, malah setiap anggota akan melalui proses ini sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan yang bersamaan dengan empat kali setahun melalui program dalaman yang telah kita adakan,” katanya.

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment